Cuti sekolah sampai ke penghujungnya minggu ini. Minggu hadapan anak-anak akan memulakan semula sessi persekolahan masing-masing.
Cuti sekolah ini kami sekeluarga tak ke mana-mana cuma balik ke kampung untuk beberapa hari sambil menghabiskan masa dengan mak dan ayah di kampung. Alhamdulillah mak dan ayah sihat cuma tak sekuat dulu. Ayah ada asma sekarang, emak pula sakit lutut sebab kehabisan gel-gel di lutut. Maklum la dah faktor usia kan....:-(
Semoga Allah swt limpahkan rezeki dan panjangkan umur mak dan ayah, amin.
Oleh kerana cuaca sangat panas kat Perlis, ini la aktiviti harian kanak-kanak ni....MAIN PALUNG AYAQ....hehe!!!! berendam sampai tak nak keluar :-) Mama pun teringin nak join tapi tak celusssss....haha!!!!
acara makan seafood pelengkap acara balik kampung. Kebetulan ketam & udang lipan padat isinya....Yummy!!!!
Meluangkan masa dengan anak-anak saudara di kampung.
Best sangat dapat bersama sambil melukis dan mewarna :-)
Semoga dapat lakukan aktiviti lagi dengan mereka nanti.
No comments:
Post a Comment