Pada minggu lepas 25.3.2014 emak & makteh Ma mengalami kemalangan iaitu terjatuh dari motor semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Nasib baik makteh Ma tidak mengalami kecederaan yg teruk. Sedikit luka2 di tangan dan kaki manakala emak kurang bernasib baik kerana telah mengalami patah tulang paha & terpaksa dimasukkan ke hospital Kangar, Perlis.
Kesian mak menangis tahan kesakitan yg amat sangat.
Terpaksa terlantar di katil & menggunakan wheel chair untuk ke bilik air.
Selepas 3 hari di hospital emak minta untuk balik ke rumah sebab doktor hanya boleh beri ubat kalsium & tahan sakit sahaja. Pembedahan tak perlu dilakukan kerana doktor menegaskan bahawa tulang paha mak boleh baik dengan sendiri tetapi akan makan masa yang lama sebab faktor usia.
Sedih bila melihat mak terpaksa berbaring di katil & tidak boleh berjalan. Ini adalah ujian Allah swt kepada kami sekeluarga, semoga mak cepat sembuh & dapat berjalan seperti biasa, amin.
Tolong doakan emak saya ya,,,tqvm.
No comments:
Post a Comment