Hi,,,
Last weekend asben bawa pergi makan kat Hammer Bay (tak jauh dari Queensbay Mall P.Pinang). Tempat makan ni mmg terkenal di area sini. Banyak jenis makanan laut ada dijual & anda boleh pilih pelbagai jenis ikan, udang, ketam,siput dll yang masih hidup. Jenis masakan pula ikut selera masing2. Setengah orang suka masak stim, 3 rasa, bakar aja pun boleh. Pendek kata minta ja tukang masak buat. Pilihan di tangan anda. Ada juga gerai yang jual otak2. Dah rasa & memang sedap.
Tetapi bagi aku harga makanan laut kat sini agak mahal. Mungkin disebabkan beberapa perkara spt permintaan ramai dari pelanggan, masakannya sedap, lokasinya cantik ataupun bekalan makanan laut ni susah nak dapat especially musim2 tengkujuh begini.
Terpegun aku melihat harga makanan laut yang masih hidup ni.
Lobster sekilo rm220, udang lipan sekilo rm165, ketam nipah sekilo rm80, ikan kerapu pun beratus2 sekilo. So kena sediakan wang secukupnya jika nak merasai makanan sebegini.
Teringat zaman aku kecil2 dulu, udang lipan & ketam nipah ni takde harga. Kadang2 ayah bawa balik hasil tangkapan lautnya untuk dibuat baja sahaja. Ikan kerapu pulak kami pergi pancing sendiri....hehe!!! Betapa aku merindui zaman tu dulu.
Apa-apa pun jika anda berkemampuan dan ingin menikmati juadah makanan laut yang segar bugar ni bolehlah ke Hammer Bay Pinang Pinang. Tempat makannya mmg menarik & sedap.
No comments:
Post a Comment