Mai saya nak sambung sedikit lagi aktiviti semasa cuti sekolah baru ni.
Lepas kenduri kat Bertam Perdana (rumah kawan hubby) , kami singgah utk solat Zohor di Masjid baru ( Masjid Fahim kalau tak salah namanya). Sangat cantik & indah rumah Allah swt. Damai & sejuk aja di dalamnya. Pertama kali kami ke sini.
abang Akmal & adik Haziq
Inilah masjidnya
Selepas solat kami teruskan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah.
Singgah sebentar kat rumah jiran sambil melihat rumah kami yang dah disewakan kepada orang. Alhamdulillah penyewa menjaga rumah itu dengan baik.
Lepas sembang2 dgn jiran kami so perjalanan diteruskan ke Perlis. Tak mau lambat sampai sebab ada tempat lain nak pergi lagi. Selepas Maghrib, kami sekeluarga bersama adik2 & anak2 sedara lain bertolak ke Istana Arau. Ia dibuka kepada org awam sempena ulangtahun Keputeraan yang ke 70 DYMM Tuanku Raja Perlis.
dah macam kat i-city dalam istana tu
Punya la ramai orang... Polis pun ramai jugak dok jaga kawasan istana.
Apa yang penting kami semua gumbira.....hehe!!!!
Dah panjang celoteh ni... tunggu entry terakhir nanti ya sempena cuti sekolah 2 minggu.
Tata,,,,, titi,,,,, tutu,,,,,, wassalam.
No comments:
Post a Comment