Thursday, 27 June 2013

Salam Jumaat

Lama tak update blog ni,,,agak sibuk sikit dengan kerja-kerja di pejabat.
Hari ni ada perjumpaan waris kat sekolah anak tapi terpaksa mewakilkan en suami pergi sebab ofisnya lebih berdekatan. Perjumpaan akan bermula pada belah petang (3pm). So lepas Jumaat nanti en suami kena bergegas la ke sekolah...tq dear:-)

Semangat bekerja lebih hari ni sebab esok lusa dah cuti,,,boleh la berehat kat rumah bersama anak2....hehe!!!!
Apa-apa pun nak share sikit doa2 utk amalan kita seharian. Semoga dipermudahkan segala urusan kita, in shaa Allah.




Selamat beramal...........:-)

Wednesday, 12 June 2013

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah (Final)

As salam & apa habaq semua ? Lepas makan tengahari ni mata pun syurrr ja... so apa kata kita sambung cerita akhir pasal cuti sekolah yg dah berakhir minggu lepas.
Semasa kat kampung banyak la aktiviti yang anak2 saya buat,,,contohnya terjun sungai tangkap ikan sepat, puyu dll. Masa air laut pasang pergi pulak tahan tangkul tangkap ketam nipah sambil berenang di kuala sungai. Mama & ayah depa hanay jadi pemerhati aja la kan,,,, takut2 lemas ka pulak.... huhu!!!

sambil selam minum air ---haha!!!

abang akmal pun dapat belajar benda baru
 
ini la hasilnya setelah ditangkap oleh adik & anak2 sedaraku

Anak daraku Nurul Athirah pulak layan aktiviti main game & tengok tv dgn sepupu2 perempuannya.
belah petang main bola sepak pulak la kan,,,hehe!!!

adik Haziq & kak Ika (anak susuan ku semasa kecil)

Alhamdulillah semasa berada di kampung kami telah dianugerahkan seorang lagi anak saudara baru dalam keluarga... welcome sayang!!!
Semoga jadi anak yg soleh, berjaya di dunia & akhirat maklong ucapkan.
Itulah serba sedikit aktiviti cuti sekolah bersama anak2 di kampung. Walaupun penat tetapi kami semua seronok sangat. Semoga percutian akan datang akan lebih menarik,,,in shaa Allah. Kena kumpul budget la ke tempat2 yang menarik kan,,,,hehe!!!!

ok,, c u.......

Thursday, 6 June 2013

Aktiviti semasa cuti sekolah (part 2)

Hari ni baru berkesempatan nak jenguk blog,,,, sibuk sikit.
Mai saya nak sambung sedikit lagi aktiviti semasa cuti sekolah baru ni.
Lepas kenduri kat Bertam Perdana (rumah kawan hubby) ,  kami singgah utk solat Zohor di Masjid baru ( Masjid Fahim kalau tak salah namanya). Sangat cantik & indah rumah Allah swt. Damai & sejuk aja di dalamnya. Pertama kali kami ke sini.
  abang Akmal & adik Haziq

                                      Inilah masjidnya




Selepas solat kami teruskan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah.
Singgah sebentar kat rumah jiran sambil melihat rumah kami yang dah disewakan kepada orang. Alhamdulillah penyewa menjaga rumah itu dengan baik.



        adik Haziq tersengih, belakang dia rumah kami yg disewakan

Lepas sembang2 dgn jiran kami so perjalanan diteruskan ke Perlis. Tak mau lambat sampai sebab ada tempat  lain nak pergi lagi. Selepas Maghrib, kami sekeluarga bersama adik2 & anak2 sedara lain bertolak ke Istana Arau. Ia dibuka kepada org awam sempena ulangtahun Keputeraan yang ke 70 DYMM Tuanku Raja Perlis.




                   dah macam kat i-city dalam istana tu



Punya la ramai orang... Polis pun ramai jugak dok jaga kawasan istana.
Apa yang penting kami semua gumbira.....hehe!!!!

Dah panjang celoteh ni... tunggu entry terakhir nanti ya sempena cuti sekolah 2 minggu.

Tata,,,,, titi,,,,, tutu,,,,,, wassalam.