Sunday, 19 May 2013

Minat pada alam sekitar

As salam semua,,,,
Hari ini nak berkongsi sedikit dengan kawan2 tentang minat saya terhadap aktiviti riadah sejak dari kecil lagi. Kalau masa kecil dulu, sentiasa bergelumang dengan selut & air laut kerana kebetulan rumah saya berdekatan dengan muara sungai Kuala Sanglang, Perlis. Setiap kali air pasang maka di situlah tempat saya & sepupu2 yang lain mencari siput belitung, belangkas & ikan belanak. Memang saat yang paling gembira pada masa itu. Hasil tangkapan akan kami jual & buat duit belanja sekolah. Teringat jugak masa musim mencari ketam nipah di kawasan paya bakau berdekatan.... tangan digigit dengan ketam sampai berdarah pun masih tak serik. Saat kaki sakit & berdarah terpijak cebisan kulit2 siput yang sudah mati ketika mencari siput lala & kerang di sekitar Pantai Padang Keria, Perlis. Semua kesakitan tidak dirasai pada masa itu kerana hanya ingat seronok dapat bersama2 keluarga & sepupu2. (ada kena mengena dgn tajuk ke ni...hehe!!!!)
Sesungguhnya masa cepat berlalu,,,, walaupun sudah lama tak buat aktiviti ini tetapi bagi saya alam flora & fauna amat menenangkan.

                          ini adalah kawasan paya bakau
Sekarang saya masih meneruskan aktiviti riadah bersama keluarga jika berkelapangan dengan mendaki bukit atau jungle trekking. Alhamdulillah anak2 & suami pun suka dengan aktiviti ini. Semoga kami akan terus sihat & dapat bersama2 di hujung minggu.


Bersama-sama kawan2 Jungle trekking


                        titi gantung pada ketinggian 10 meter

In shaa Allah semoga diberikan kesihatan yang baik & rezeki yang murah untuk meneruskan aktiviti riadah bersama keluarga & kawan2.

No comments:

Post a Comment