Thursday, 30 May 2013

Aktiviti Semasa Cuti Sekolah (Part 1)

As salam & apa habaq semua,

Cuti sekolah dah start last week so masih berbaki seminggu lagi. Seronok sangat sebab dapat bersama semua anak2, anak saudara, mak, adik2 & mak mertua. Mereka semua sempat luangkan masa & datang ke rumah kami ni di Penang, alhamdulillah.
Terima kasih kerana sudi datang.... lain kali datang lagi ya:-)
Sempena cuti sekolah so aktiviti wajib ialah balik kampung & pergi kenduri.
Tak mau cakap banyak dah,,, jom layan gambaq kat bawah :-
                                                    i luv you mak..... forever & ever.

                                                   kak athirah(dok asrama) & tok

                                                 makan kenduri kat Bertam Perdana

                                                       otw back to Perlis (antar mak balik...)

Nanti sambung cerita lagi ya.............. tunggu!!!!!!!!!!!

Wednesday, 22 May 2013

Permata Hatiku Selamanya

Dah beberapa hari tak update....sibuk sikit,,hehe!!!
Hari ni just nak berkongsi cerita tentang permata hati dalam hidup saya ni. Mereka adalah suami & anak2 tersayang.
Alhamdulillah anak2 dah membesar dengan baik & sihat.
Dah nak sama besar macam mama & ayah depa.

                 Gambar pd tahun 2009 ( anak2 masih kecil)

kakak dah nak sama besar ngan mama (Nov 2012)

semua makin bulat (Nov 2012)

"Doa mama setiap hari semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhir hayat & semoga anak2 & suami berjaya dunia & akhirat, in shaa Allah"

Sunday, 19 May 2013

Minat pada alam sekitar

As salam semua,,,,
Hari ini nak berkongsi sedikit dengan kawan2 tentang minat saya terhadap aktiviti riadah sejak dari kecil lagi. Kalau masa kecil dulu, sentiasa bergelumang dengan selut & air laut kerana kebetulan rumah saya berdekatan dengan muara sungai Kuala Sanglang, Perlis. Setiap kali air pasang maka di situlah tempat saya & sepupu2 yang lain mencari siput belitung, belangkas & ikan belanak. Memang saat yang paling gembira pada masa itu. Hasil tangkapan akan kami jual & buat duit belanja sekolah. Teringat jugak masa musim mencari ketam nipah di kawasan paya bakau berdekatan.... tangan digigit dengan ketam sampai berdarah pun masih tak serik. Saat kaki sakit & berdarah terpijak cebisan kulit2 siput yang sudah mati ketika mencari siput lala & kerang di sekitar Pantai Padang Keria, Perlis. Semua kesakitan tidak dirasai pada masa itu kerana hanya ingat seronok dapat bersama2 keluarga & sepupu2. (ada kena mengena dgn tajuk ke ni...hehe!!!!)
Sesungguhnya masa cepat berlalu,,,, walaupun sudah lama tak buat aktiviti ini tetapi bagi saya alam flora & fauna amat menenangkan.

                          ini adalah kawasan paya bakau
Sekarang saya masih meneruskan aktiviti riadah bersama keluarga jika berkelapangan dengan mendaki bukit atau jungle trekking. Alhamdulillah anak2 & suami pun suka dengan aktiviti ini. Semoga kami akan terus sihat & dapat bersama2 di hujung minggu.


Bersama-sama kawan2 Jungle trekking


                        titi gantung pada ketinggian 10 meter

In shaa Allah semoga diberikan kesihatan yang baik & rezeki yang murah untuk meneruskan aktiviti riadah bersama keluarga & kawan2.

Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua kawan-kawan yg bergelar guru & semua guru di seluruh Malaysia. Jasa & budi mu tak dapat dibalas. Tugas guru amat mulia dalam mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan dunia & akhirat.
"Terima Kasih Cikgu " kerana telah mendidik anak-anakku di sekolah.
Hanya Allah swt dapat membalas jasa kalian semua.
Buat anak2 mama belajarlah bersungguh-sungguh demi  masa depan mu & jangan sesekali melawan / membantah cakap cikgu. Hormati Guru sehingga ke akhir hayat.
kak athirah semasa di sekolah rendah (darjah 4)

abang Akmal semasa darjah 3


kak athirah & kawan2 semasa result UPSR 2012


adik Haziq yang akan menamatkan pra sekolah beliau tahun ini.

Semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh / solehah, berjaya di dunia & akhirat. Amin.

Tuesday, 14 May 2013

Syukur Alhamdulillah

As salam & selamat pagi semua,

Syukur alhamdulillah selama ini dikurniakan suami, anak2 yg comel & sihat serta semua ahli keluarga yang sangat supportive & baik hati.
Bersyukur sangat2. Inilah anugerah Allah swt yg tidak ternilai. Semoga hidup ini terus dirahmati & di dalam lindungan Allah swt selalu.

Monday, 13 May 2013

Salam Perkenalan.....

Masih Baru....:-)

As salam semua,,,, saya masih baru dalam dunia blogging.
Harap dapat kenalan baru menerusi alam maya ni serta dapat berkongsi cerita dengan kawan2.

Buah Cempedak Di luar Pagar
Ambil Galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau Salah tolong tunjukkan:-)