as salam semua,,,,,
dah lama tak jenguk rumahku ini:-(
dek kerana kekangan masa dan sibuk menguruskan kerja dan anak-anak.
Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk menitipkan sepatah dua kata di paparan blogku ini....bermadah gitu akak......haha!!!!
Tanggal 4hb Mei 2015 yang lalu, terukir lembaran baru dalam hidup anak terunaku Muhammad Akmal Hakim Kamarudin di mana beliau telah dimasukkan ke sekolah baru iaitu Sek Men Al Itqan, Teluk Kumbar Pulau Pinang. Penghijrahan ini dilakukan oleh encik suami demi kebaikan anak terunaku dunia dan akhirat. Tempat baru bersama kawan-kawan baru dalam menimba ilmu duniawi & ukhrawi. Tabahkanlah hatimu anakku. Mama doakan semoga Allah swt memudahkan segala pembelajaran abang di sana dan sentiasa di dalam lindungan Allah selalu.
Mama dan family semua sayang abang Akmal selamanya:-)
Alhamdulillah:-)