Wednesday, 1 April 2015

GST di Malaysia

Bermula pada 1hb April 2015, gst telah dikuatkuasakan di Malaysia. Sebanyak 6% cukai akan dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan pengguna. Untuk info lanjut boleh layari laman web kpdnkk. Segala maklumat atau aduan boleh dibuat di situ.
 
 
Pagi tadi singgah beli sarapan di kantin tempat aku bekerja. Harga makanan dan minuman yang aku beli berjumlah rm4.80. Pihak syarikat ada memberi subsidi makan sebanyak rm2.00. So pengiraan gst hanya dikenakan atas lebihan jumlah harga makanan tadi. Boleh jugak jimatkan duit sikit....:-)
 
 
 
 


Walau bagaimanapun masih kena bayar gst ni..... :-(
Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.