Alhamdulillah sempena cuti sekolah ini, kami sekeluarga berpeluang ke Cameron Highlands, Pahang. Walaupun percutian ini singkat iaitu 2 hari 1 malam namun kami amat seronok dapat bersama sekeluarga. Sebelum check in di Heritage Hotel pada hari Isnin 15hb Sept, kami sempat menikmati udara segar dan dingin di Tanah Rata sambil menikmati juadah makan tengahari ala-ala Thai.
Jom layan gambar ye....:-)
Selepas solat asar kami bertolak ke Ladang Teh Cameron Valley di Tanah Rata. Pemandangan nun menghijau amat mendamaikan fikiran. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut di wajah,,,,:-)
Di sebelah malamnya pula, kami keluar untuk makan malam di Brinchang dan selepas itu ronda-ronda di "Night Market". Pelbagai jenis barang, makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan di jual di sana. Harga pun amat berpatutan. Setelah penat ronda hingga ke larut malam kami pun pulang ke hotel untuk berehat.
Keesokan paginya sempena Hari Malaysia (16hb Sept) dan setelah check out dari hotel, kami singgah di tapak perkhemahan hutan lipur. Bagi adik haziq dan abang akmal bermain air terjun. Mama, ayah dan kakak pulak berehat sambil makan strawberi cicah coklat :-)
Selepas makan tengahari kami singgah di beberapa tempat lain untuk membeli cenderahati sebelum balik ke Penang. Percutian kali ini memang menyeronokkan walaupun sedikit letih & penat disebabkan kesesakan jalanraya semasa dalam perjalanan balik ke Simpang Pulai. Kesesakan itu disebabkan oleh pembaikan jalan akibat tanah runtuh & memang kereta banyak sempena cuti sekolah.
In shaa Allah, jika dimurahkan rezeki kami merancang untuk bercuti pula ke negeri pantai timur. Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Tunggu!!!!!
Terima kasih kepada encik suami yg sangat sporting & sanggup melayan karenah kami anak-beranak. Luv uolls forever & ever :-)
Buah hati kesayanganku....semoga kasih sayang kita sekeluarga berkekalan hingga ke jannah, amin.