Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


As salam semua,,,
Hari ini sudah Ramadhan ke 27...tinggal beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma. Kepada kawan-kawan yang ingin pulang ke kampung beraya, berhati-hati dijalan raya. Bagi yang bekerja selamat menjalankan tugas dengan baik. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah swt selalu.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin" . In shaa Allah kami sekeluarga akan beraya di Bagan Serai Perak dan selepas itu balik ke kampung saya di Perlis.




Wednesday, 16 July 2014

Sembang Pagi Khamis

Salam semua,,,,
Pagi ni di ofis hebat diperkatakan tentang kisah seorang perempuan "naik hantu" akibat kereta baru beliau dilanggar oleh seorang uncle pesara kerajaan. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua. Sentiasalah menjaga budi bahasa walau apa keadaan sekalipun tambah lagi di bulan yang mulia ini. Bersabarlah dengan setiap ujian / dugaan yang Allah swt beri kpd kita. Semoga ada hikmah di sebaliknya.
Renung-renungkan ya :-)

Tuesday, 15 July 2014

Ramadhan ke 18

Salam ceria pagi untuk semua....
Hari ini dah masuk 18 hari umat Islam berpuasa. Semoga kita semua dapat menunaikan kewajipan ini dengan penuh rasa syukur & istiqamah. Kelihatan ramai jemaah memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat Isyak & solat sunat terawih. Bagi saya sekeluarga alhamdulillah diberi kesempatan untuk sama-sama bersembahyang dengan para jemaah lain kebanyakannya di Masjid Bayan Baru Pulau Pinang. Alunan suara anak2 tahfiz Darul Furqan Balik Pulau sebagai imam solat amat menyentuh hati saya. Kadang kala hingga berlinang air mata mendengar ayat2 suci Al Quran. Bertuah sungguh ibu yang melahirkan anak2 tahfiz ini:-)
Pada hujung minggu yang lalu, saya & keluarga berkesempatan untuk membuat sedikit persiapan raya yang bakal tiba nanti. 2 jenis kuih raya dapat disiapkan ( biskut mazola & honey cornflakes), suami pula mengambil tugas mengecat semula rumah dan dibantu oleh anak-anak. Kelengkapan baju raya masih belum siap sepenuhnya. In shaa Allah akan disiapkan sebelum hari raya nanti.
Jom layan gambar biskut rayaku tahun ini. Dah lama tak membaking...hehe:-)
 

Thursday, 10 July 2014

Ramadhan ke 12

Terasa cepatnya masa berlalu :-)
Dah masuk hari ke 12 umat Islam berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya, in shaa Allah. Marilah kita sama-sama memohon keampunan Allah swt & semoga dipermudahkan segala urusan kita di bulan yg mulia ini.

Tuesday, 8 July 2014

Selamat Pagi

Salam Ramadhan

Lamanya tak mengupdate :-(
Sempena bulan yg mulia ini saya memohon jari memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata & perbuatan selama ni. " Selamat Menjalani ibadah puasa buat semua ".