Wednesday, 19 November 2014

Salam Khamis

as salam semua,,,,
Esok last anak-anak akan ke sekolah untuk sessi tahun 2014. Selepas tu mereka akan bercuti selama sebulan lebih gitu....sebelum memulakan sessi baru Jan 2015.
Riuh rendah la nanti suasana di rumah dengan suara anak-anak bermain dan bergaduh sesama sendiri...hehe!!!
Layan je la....plan cuti sekolah panjang ni nak ke pantai timur tetapi disebabkan encik suami masih out station di KL so terpaksa la dibatalkan dulu. In shaa Allah hujung bulan ni nak balik kampung jumpa emak, ayah dan adik-beradik. Tak lupa juga untuk memenuhi jemputan kenduri kawin di sana.

tak sabar rasa nak balik kampung :-)

Tuesday, 11 November 2014

Bila Mama Berselfie

Tak nak cakap banyak....kalau nak berselfie mana tempat pun tak kisah kan....haha!!!!
Macam-macam hal:-)


Birthday Anak Terunaku

Pada 8hb November 2014 yang lalu genap 12 tahun anak keduaku Muhammad Akmal Hakim bin Kamarudin. Doa mama semoga abang berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi orang yang bijak dan menghormati orang tua. Kali ni dia tak nak dibelikan kek tapi celebrate makan nasi beriani claypot kapitan. Layan je la kan....:-)




Ayah dan adik sama-sama raikan birthday abang. Kakak tak dapat bersama sebab masih di asrama.

Thursday, 23 October 2014

Salam Aidil-Adha 2014

Dah agak lama tak jenguk rumahku ini,,,,:-(
fuh,,fuh,, halau semua sawang-sawang dalam rumah....hehe!!!
Hari ni nak cite sikit pasal hari raya korban edisi balik kampung di Kuala Sanglang, Perlis (5hb Oktober 2014). Alhamdulillah dikurniakan rezeki untuk kami sama-sama beraya ngan keluarga di kampung. Meriah sangat dengan kedatangan orang ramai bagi mengadakan ibadah korban di hadapan rumah emak & ayah. Tahun ni 2 ekor lembu ditumbangkan. Walaupun cuaca dingin & hujan lebat pada hari raya korban itu, tetapi acara sembelihan & agihan daging untuk penduduk kampung dapat diteruskan dengan jayanya. Bantuan dan kerjasama erat dari penduduk kampung memang terbaik. In shaa Allah diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan sehingga bila-bila.







time juga la dapat bersama anak-anak saudara & ahli keluarga lain sambil makan-makan & berbual mesra.





Salam Maal Hijrah 1436

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1436 BUAT SEMUA UMAT ISLAM.........





 
 

Wednesday, 17 September 2014

Percutian Keluarga

Hi semua:-)
Alhamdulillah sempena cuti sekolah ini, kami sekeluarga berpeluang ke Cameron Highlands, Pahang. Walaupun percutian ini singkat iaitu 2 hari 1 malam namun kami amat seronok dapat bersama sekeluarga. Sebelum check in di Heritage Hotel pada hari Isnin 15hb Sept, kami sempat menikmati udara segar dan dingin di Tanah Rata sambil menikmati juadah makan tengahari ala-ala Thai.
Jom layan gambar ye....:-)








Selepas solat asar kami bertolak ke Ladang Teh Cameron Valley di Tanah Rata. Pemandangan nun menghijau amat mendamaikan fikiran. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut di wajah,,,,:-)

Di sebelah malamnya pula, kami keluar untuk makan malam di Brinchang dan selepas itu ronda-ronda di "Night Market". Pelbagai jenis barang, makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan di jual di sana. Harga pun amat berpatutan. Setelah penat ronda hingga ke larut malam kami pun pulang ke hotel untuk berehat.
Keesokan paginya sempena Hari Malaysia (16hb Sept) dan setelah check out dari hotel, kami singgah di tapak perkhemahan hutan lipur. Bagi adik haziq dan abang akmal bermain air terjun. Mama, ayah dan kakak pulak berehat sambil makan strawberi cicah coklat :-)




Selepas makan tengahari kami singgah di beberapa tempat lain untuk membeli cenderahati sebelum balik ke Penang. Percutian kali ini memang menyeronokkan walaupun sedikit letih & penat disebabkan kesesakan jalanraya semasa dalam perjalanan balik ke Simpang Pulai. Kesesakan itu disebabkan oleh pembaikan jalan akibat tanah runtuh & memang kereta banyak sempena cuti sekolah.
In shaa Allah, jika dimurahkan rezeki kami merancang untuk bercuti pula ke negeri pantai timur. Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Tunggu!!!!!
Terima kasih kepada encik suami yg sangat sporting & sanggup melayan karenah kami anak-beranak. Luv uolls forever & ever :-)












Buah hati kesayanganku....semoga kasih sayang kita sekeluarga berkekalan hingga ke jannah, amin.

Thursday, 11 September 2014

Hari Ini Dalam Sejarah

As salam semua,

Semangat juang anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR yang bermula pada 9hb Sept sehingga 11hb Sept 2014 terganggu berikutan soalan bocor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bilamana anak-anak yang tak bersalah ini terpaksa menduduki semula peperiksaan bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2 pada 30hb Sept akan datang.
Aku dan anak terunaku Muhammad Akmal Hakim juga terkesan dengan peristiwa ini. Riak wajahnya berubah bila diberitahu olehku tentang berita buruk ini. "takkan nak kena ulang exam kot, tak best la macam ni", itulah ayat yang keluar dari mulut beliau. Tetapi setelah dipujuk beliau dapat menerimanya.
Semoga kejadian seperti ini tidak berulang di masa hadapan. Kesian melihat cikgu & anak murid yang sudah bertungkus lumus selama ini. Mereka yang tak terlibat menjadi mangsa.
Semoga sekolah anakku Sek. Keb Seri Permai, Pulau Pinang akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan UPSR tahun 2014 nanti.
Teruskan usaha & semoga ada hikmah disebalik kejadian ini. Perjuangan belum berakhir :-)
Berkumpul di hari pertama exam UPSR--sebelum masuk dewan peperiksaan.


    anak terunaku Akmal Hakim--muka merajuk tu..hehe!!!

Friday, 22 August 2014

Reunion SMSS74

Hi!!!!

Hari ni nak bercerita tentang reunion bersama kawan2 sekolah menengah yg telah diadakan pada hari raya ketiga baru ni (30hb Ogos 2014) bertempat di Dewan Orang ramai Batas Lintang, Perlis. Ramai jugak kawan2 yg dapat hadirkan diri bersama ahli keluarga masing-masing. Pelbagai juadah & kuih raya disediakan untuk semua. Majlis turut dihadiri oleh bekas guru-guru yg telah mengajar kami di sekolah dahulu. Terima kasih kpd cikgu Rodziah & Cikgu Azizan yg sudi hadir & memberi kata2 semangat untuk kami semua. Jasa dan budi cikgu berdua memang tak dapat kami balas. Doa dan harapan kami semua kalian berdua sentiasa di dalam lindungan Allah swt & diberi kesihatan yg baik.
Emcee majlis pada hari tu adalah saudara Md Nis yg datang jauh dari Pulau Langkawi. Beliau pernah belajar di sekolah yg sama sampai ke tingkatan 3 sebelum melanjutkan pelajaran ke IKM. Coleteh beliau memang sangat memeriahkan majlis. Omputih cakap mmg happening lah....hehe:-)
Cabutan bertuah turut diadakan untuk semua kawan-kawan. Di samping menikmati juadah yg pelbagai jenis (soto, nasi campur, laksa, nasi himpit, ketupat, lemang & rendang, dll) kami semua dapat berbual mesra & mengharapkan agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang. In shaa Allah.
Semoga kawan-kawan terus sukses di dalam bidang yg diceburi & semoga ikatan persahabatan kita terus kekal abadi. Jom layan gambar reunion smss74....peace!!!!!!!!!!!

  



Sempoi.....:-)

Wednesday, 20 August 2014

Farewell

As salam semua,,,,

Sedih bila dengar rakan sekerja akan berhenti & berpindah jauh dari kita kan. Tetapi inilah lumrah hidup manusia. Patah tumbuh hilang berganti...life goes on:-)
Semoga Nur Shuhaida Abdul Rahim (Sue) akan terus maju di dalam bidang yg diceburi & berjaya di dunia serta akhirat. Doa akak supaya Sue cepat dapat jodoh ye.
                                                           Sue yg comel berbaju biru


Setelah lebih kurang 4 tahun bersama & pelbagai kisah suka duka dikongsi namum tiba juga masanya untuk berpisah. Semoga ikatan persahabatan kita terus terjalin dengan baik.
Keep in touch :-)

Monday, 11 August 2014

Zaman kanak-kanak

alahai,,,terima kasih banyak-banyak kepada sahabat lama yg masih simpan gambar zaman tadika & sekolah rendah dulu. Semua gambar di dalam simpanan saya dah hilang / musnah sebab ribut melanda kawasan kampung saya dulu. Saja la post kat sini buat kenangan sepanjang hayat....
# sukasangattengokgambar ni#



ni masa tadika--aku yg berbaju biru muda di hadapan:-)


  Ini pula masa sek ren dgn team bola jaring,,masa ni aku jadi Captain wakil sekolah...hehe!!!!

Sebelum perlawanan bola jaring dgn kawan dari sek keb Padang Keria, Perlis.

Ni pula zaman sek ren,,,,i totally can't recall my own face...haha!!!!

zaman tadikaku:-)


Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


As salam semua,,,
Hari ini sudah Ramadhan ke 27...tinggal beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelma. Kepada kawan-kawan yang ingin pulang ke kampung beraya, berhati-hati dijalan raya. Bagi yang bekerja selamat menjalankan tugas dengan baik. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah swt selalu.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin" . In shaa Allah kami sekeluarga akan beraya di Bagan Serai Perak dan selepas itu balik ke kampung saya di Perlis.




Wednesday, 16 July 2014

Sembang Pagi Khamis

Salam semua,,,,
Pagi ni di ofis hebat diperkatakan tentang kisah seorang perempuan "naik hantu" akibat kereta baru beliau dilanggar oleh seorang uncle pesara kerajaan. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua. Sentiasalah menjaga budi bahasa walau apa keadaan sekalipun tambah lagi di bulan yang mulia ini. Bersabarlah dengan setiap ujian / dugaan yang Allah swt beri kpd kita. Semoga ada hikmah di sebaliknya.
Renung-renungkan ya :-)

Tuesday, 15 July 2014

Ramadhan ke 18

Salam ceria pagi untuk semua....
Hari ini dah masuk 18 hari umat Islam berpuasa. Semoga kita semua dapat menunaikan kewajipan ini dengan penuh rasa syukur & istiqamah. Kelihatan ramai jemaah memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat Isyak & solat sunat terawih. Bagi saya sekeluarga alhamdulillah diberi kesempatan untuk sama-sama bersembahyang dengan para jemaah lain kebanyakannya di Masjid Bayan Baru Pulau Pinang. Alunan suara anak2 tahfiz Darul Furqan Balik Pulau sebagai imam solat amat menyentuh hati saya. Kadang kala hingga berlinang air mata mendengar ayat2 suci Al Quran. Bertuah sungguh ibu yang melahirkan anak2 tahfiz ini:-)
Pada hujung minggu yang lalu, saya & keluarga berkesempatan untuk membuat sedikit persiapan raya yang bakal tiba nanti. 2 jenis kuih raya dapat disiapkan ( biskut mazola & honey cornflakes), suami pula mengambil tugas mengecat semula rumah dan dibantu oleh anak-anak. Kelengkapan baju raya masih belum siap sepenuhnya. In shaa Allah akan disiapkan sebelum hari raya nanti.
Jom layan gambar biskut rayaku tahun ini. Dah lama tak membaking...hehe:-)