Wednesday, 31 July 2013

Syawal Makin Hampir

Lama dah tak menjenguk rumahku ini... penuh sawang dah ka,,,hehe!!!
Syawal bakal menjelma tak lama lagi,,,, tempahan kuih raya pun dah dapat, baju raya untuk anak2 semua dah selesai, zakat fitrah pun en suami dah settlekan , alhamdulillah. Masalahnya sekarang kereta untuk balik kampung masih belum hantar service lagi. Harap2 boleh dapat settlekan hujung minggu ini. Penting tu sebab nak berulang alik highway....semoga dipermudahkan:-)

Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri, Maaf Zahir Batin buat semua bloggers & umat Islam seluruh dunia. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.  Kepada yang balik kampung, berhati dijalan raya. "Pandu Cermat Jiwa Selamat"

Minal Aidin Wal Faidzin... - Selamat Hari Raya Card


Tuesday, 9 July 2013

Solat Sunat Tarawih


As salam semua,
Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat Islam di Malaysia. Semoga ibadah kita diterima Allah swt & semoga kita dapat menambahkan lagi ibadah sunat sempena bulan yg mulia ini seperti solat sunat tarawih, membaca Al Quran dll.
Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan.

Berikut sedikit informasi mengenai solat sunat tarawih :-

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran.

Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Solat sunat39.gif
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Semoga kita semua dapat manfaat darinya....in shaa Allah.
Salam 1 Ramadhan untuk semua:-)

Thursday, 4 July 2013

Ramadhan Semakin Hampir

As salam & salam sejahtera,

Tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menjalani Ibadah Puasa.
Tak sabar rasa menanti Ramadhan yg mulia ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt utk sama2 keluarga tercinta menjalani ibadah ini.
Tahun ini azam nak mengajar anak bongsuku adik Naufal Haziq yg berusia 6 tahun untuk berpuasa penuh. In shaa Allah semoga dia berjaya. Kakak Athirah & abg Akmal dah boleh berpuasa penuh walaupun kadang-kadang2 merengek keletihan...:-(

Lafaz Niat Puasa
niat puasa
Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan
niat puasa sebulan
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

Doa Berbuka Puasa
Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin.

Selamat menyambut bulan Ramadhan! :)

Wednesday, 3 July 2013

Musim Durian

Sana-sini banyak dok tengok orang menjual & membeli durian. Tahun ni belum berkesempatan untuk makan "Raja Buah" ni sebab cuaca & badan tak berapa sihat (selsema & batuk). Malam tadi asben ada beli manggis & rambutan. Sedap dan manis. Adik Haziq memamg gemar makan manggis tapi durian dia tak suka makan. Mungkin sebab masa mengandung dia dulu aku mengidam makan manggis kot...hehe!!!!
So, tahun ni bila nak start makan durian ya,,, tunggu!!!  sebelum raja buah habis musim la kan,,,
gambar lama (bersama penggemar durian)



kat rumah member di Balik Pulau

durian Balik Pulau mmg sedap !!!